Ummi
Tidak dapat kakak dan adik
bayangkan
Jika ummi tiada di sisi kami
berdua lagi
Mungkin malaplah cahaya
bintang di angkasa
Tiada lagi tempat kami
berteduh kasih
Tiada lagi senyuman manis
untuk kami tatapi
Ummi ialah ilham kami
Menerangi dunia kami dengan
cahayamu
Bekerja keras untuk
membesarkan kami
Tanpa abah disisi ummi
Memberikan pendidikan yang
cukup
Untuk kami mencapai
cita-cita yang kami impikan
Ummi
Kami sungguh berbangga
menjadi anakmu
Ummi seorang yang tabah
Dalam mengharungi pelbagai
rintangan dan cubaan
Ummi tidak kenal erti penat
dan lelah dalam hidupmu
Ummi mengajar kami erti
kehidupan yang sebenar
Yang akan kami lewati nanti
Kami berharap yang kita
dapat mengharungi liku-liku kehidupan ini bersama-sama
Kami Yakin Allah akan
mengabulkan doa Kita.
INSYA-ALLAH , KAMI SAYANG UMMI !!
*WALAUPUN KAMI X PERNAH
LUAHKAN ATAU UCAP KAT UMMI DALAM HATI HANYA ALLAH YANG TAU BETAPA KAMI BERDUA
SANGAT MENYAYANGI UMMI!!!! TAK ADA SAPA KAT DUNIA NI YANG BOLEH GANTIKAN IBU
SETABAH UMMI!!