Thursday 12 December 2013

Part 2 : Diet Mood

Assalamualaikum.

Hello hello hello..to all lovely readers and stalker ke?? haha.. bajet macam ramai readers la pula dekat blog ni kan?? Tak kisah la ramai ke tak ada langsung ke.. apa-apa pon iools nak update juga.. hehe. stop-stop!! tak nak panjang kan cerita i olls nak sambung previous entry last week.Ok agak panjang kali ni punya entry. hehe.. Jangan bosan-bosan , jom kita sama-sama tambahkan general knowledge. <3 =)

Let's begin.... Macam mana nak control calori intake setiap kali makan? Ok i olls akan share some tips melalui some information yang i olls search dekat laman sesawang ni. Stalk punya stalk.. terjah punya terjah.. Inilah yang i olls dapat dari pembacaan blog-blog blogger yang lain. Jom baca sama untuk siapa-siapa nak turunkan berat badan.



"Hari ini aku boleh lunch 500 kalori"

-Nasi dua senduk ~160kalori
-Ayam bahagian dada ~250kalori
-Sayur ~80kalori
-Air sirap ~30kalori

Persoalannya, mampukah anda? HA! Tidak ramai yang mampu. Hari ini mungkin boleh, esok sudah lupa. Dan jumlah kalori itu sendiri kadangkala berubah mengikut caa masakan seseorang. Kalori yang disebut di atas adalah anggaran kalori terendah yang disediakan oleh tukang masak.

Selain itu, anda juga boleh meningkatkan pembakaran kalori serta lemak dalam badan melalui senaman. Dan senaman yang paling baik adalah pada waktu pagi. Tanpa mengambil sebarang air manis @ isotonik sebelum memulakan aktviti.

*Kevin Zahri dalam ceramahnya juga menyebut, senaman TIDAK diperlukan oleh orang yang ingin menurunkan berat badan*



3 Langkah Untuk Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu - Kevin
Langkah 1: Kira keperluan kalori harian anda.
Langkah 2: Wujudkan kalori defisit.
Perlu menyah­kan 7700 x 5kg atau 38,500 kalori untuk menurunkan 5kg. Berapa cepatnya berat badan akan turun bergantung kepada kalori defisit anda.

Contoh:
Berapa cepat untuk turunkan 5kg ?
1 Hari perlukan kalori defisit sebanyak 38,500
7 Hari perlukan kalori defisit sebanyak 5,500
30 Hari perlukan kalori defisit sebanyak 1,283
35 Hari (5 Minggu) perlukan kalori defisit sebanyak 1,100
180 Hari perlukan kalori defisit sebanyak214
365 Hari perlukan kalori defisit sebanyak105

Fakta! : Untuk kurangkan 5kg dalam masa 5 minggu, perlu kalori defisit har­ian pada purata 1,100!

Langkah 3: Bagaimana nak menyahkan 1100 kalori sehari?

Ada tiga cara:

1. Diet Sahaja: Kurangkan pengambilan kalori. Tidak perlu bersenam. Cara ini memang susah.

2. Bersenam Sahaja: Makan macam biasa tetapi perlu meningkat­kan senamannya untuk mengeluarkan 1,100 sehari (tapi berapa banyak senaman yang perlu kita buat? Ini pun agak susah..

3. Gabungan Diet & Senaman : Kurangkan pengambilan makananan sebanyak 550 kalori (sebagai contoh) dan tingkatkan kardio/senaman sebanyak 550 kalori. Ini adalah pendekatan terbaik.



Kalori Defisit (Calorie Deficit)
Apakah itu BMR?

Sebelum menulis mengenai kalori defisit, ada perkara lain lebih penting yang perlu kita ketahui. Basal Metabolic Rate (BMR). Apa itu BMR? Secara mudahnya, BMR ini merupakan jumlah kalori minimum yang diperlukan oleh badan kita untuk menjalani kehidupan - termasuk semua proses bernafas etc. Adakah 1800 kalori? Adakah 2000 kalori? Ia berbeza bagi setiap manusia bergantung kepada berat, tinggi dan umur.

Kita ambil contoh Amira berumur 25 tahun, berat 60kg, tinggi 165cm. Berapakah BMR Amira untuk membolehkannya menjalani kehidupan dengan optimum? 

BMR (PEREMPUAN) : 655 + (9.6 X berat dalam kg) + (1.8 X tinggi dalam cm) - (4.7 X umur dalam tahun)
BMR (LELAKI) : 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)

Maka, BMR Amira : 655 + (9.6 X 60) + (1.8 X 165) - (4.7 X 25) = 1410.5 kalori

Amira memerlukan 1410.5kalori untuk menjalani kehidupannya. Selepas mengenali BMR, kita perlu berkenalan dengan DCR.


Apakah itu DCR?

DCR adalah Daily Calorie Requirement. Ia adalah jumlah kalori yang diperlukan oleh diri sepanjang hari. BMR tadi untuk melangsungkan proses asas benda hidup - bernafas etc. Sekarang, kita akan mengira kadar keperluan kalori harian bergantung kepada aktiviti dan keaktifan kita sepanjang hari. Cara mengira DCR adalah dengan mendarabkan jumlah BMR tadi kepada unit keaktifan kita. Gunakan maklumat di bawah ini : 

BMR x 1.2 (kurang atau tiada senaman, kerja di meja)
BMR x 1.375 (senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu)
BMR x 1.55 (senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/minggu)
BMR x 1.725 (senaman berat/bersukan 6-7 hari/minggu)
BMR x 1.9 (senaman berat setiap hari/bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari seperti pelumba maraton)

Dalam kes Amira, beliau mempunyai BMR 1410.5, beliau bersenam 1-3 seminggu, maka DCR beliau adalah?
DCR Amira : 1410.5 X 1.375 = 1939.4375 (kita ambil sebagai 1900 kalori)
Bagi mengekalkan berat badannya sekarang, Amira perlu makan 1900 kalori setiap hari. Itu bermaksud, beliau membawa masuk 1900 kalori dan membakar semula 1900 kalori. Jadi, berat badan beliau kekal.

Katakan Amira makan 2400 kalori (berlebihan 500 kalori daripada sepatutnya). Maka, 1900 kalori akan dibakar, dan 500 kalori berikutnya akan disimpan dalam badannya! 

Sudah jelas bagaimana mengira DCR masing-masing? Selepas mengetahui DCR, baru kita boleh bercerita mengenai defisit kalori. 

Jika Amira makan lebih kalori, kalori itu tidak dibakar, maka ia akan disimpan. Betul? Bagaimana pula jika Amira makan kurang? Atau Amira bersenam lebih banyak? Bagaimana pula jika Amira mahu menurunkan 1kg berat badan???

Kalori Defisit

Kalori defisit merupakan defisit daripada dua nilai (nilai kalori keluar dan nilai kalori masuk), apabila nilai kalori keluar lebih tinggi daripada kalori masuk. Ingat lagi kes Amira? Amira makan 1900 kalori (kalori masuk) dan bakar 1900 kalori (kalori keluar). Apakah nilai defisit bagi Amira?
1900kalori (masuk) - 1900kalori (keluar) = 0
Defisit Amira adalah 0 kerana beliau makan secukupnya dan membakar kesemuanya. Bagaimana pula jika Amira makan 2400 kalori, bakar 1900 kalori?
2400kalori - 1900kalori = (+)500kalori
Amira akan menyimpan lebihan 500 kalori itu sebagai fat (yeeha!) Jika Amira tidak mahu, maka Amira perlu meningkatkan jumlah kalori keluarnya supaya nilai defisit itu 0 semula (bagi kekalkan berat badan). 

Sekiranya Amira pergi bersenam pada hari itu dan membakar 500 kalori tambahan, maka kalori keluar Amira terbaru adalah 1900+500=2400kalori! Maka, selamatlah Amira. Yey! :p


Itulah maksudnya kalori defisit. :)

Sekiranya mahu menurunkan 1kg berat badan, Amira perlu membakar 7700kalori daripada badannya sendiri. Katakan Amira mahu menurunkan 1kg dalam tempoh dua minggu (14 hari), maka setiap hari Amira perlu membakar extra 550kalori. :) Mari kita lihat kira-kiranya ya!


Hari 1 : [(1900) masuk] - [(1900+550) keluar] = [-] 550kalori.
Hari 2 : [(1900) masuk] - [(1900+550) keluar] = [-] 550 kalori.
Hari 3 : [(1900) masuk] - [(1900+550) keluar] = [-] 550 kalori.
Hari 4 : [(1900) masuk] - [(1900+550) keluar] = [-] 550 kalori.
Hari 5 : [(1900) masuk] - [(1900+550) keluar] = [-] 550 kalori.
Hari 6 : [(1900) masuk] - [(1900+550) keluar] = [-] 550 kalori.
Hari 7 : [(1900) masuk] - [(1900+550) keluar] = [-] 550 kalori.
Hari 8 : [(1900) masuk] - [(1900+550) keluar] = [-] 550 kalori.
Hari 9 : [(1900) masuk] - [(1900+550) keluar] = [-] 550 kalori.
Hari 10 : [(1900) masuk] - [(1900+550) keluar] = [-] 550 kalori.
Hari 11 : [(1900) masuk] - [(1900+550) keluar] = [-] 550 kalori.
Hari 12 : [(1900) masuk] - [(1900+550) keluar] = [-] 550 kalori.
Hari 13 : [(1900) masuk] - [(1900+550) keluar] = [-] 550 kalori.
Hari 14 : [(1900) masuk] - [(1900+550) keluar] = [-] 550 kalori.

Jumlah kalori defisit terkumpul : 14 X 550 = 7700kalori (1kg)

Jika Amira tekun dan sabar menmatuhi keperluan kalori masuk dan membakar lebih 550 kalori setiap hari menerusi senaman, maka pada hari ke14, Amira akan kehilangan 1kg berat badan. Selepas kehilangan berat badan, tentu sahaja BMR dan DCR Amira berubah kerana berat beliau sudah berubah. :)

Jika kita merasakan 1kg setiap dua minggu itu lambat, kerana kita ada banyak KG yang mahu kita nyahkan, maka naikkan nilai kalori defisit yang diperlukan. Jika mahu kehilangan 1kg seminggu, maka kalori defisit yang diperlukan adalah kira-kira 1100 kalori sehari. Dan sukar mendapat 1100kalori daripada senaman sahaja. Ia melibatkan gabungan senaman dan pemakanan.



Ada juga yang bakal bertanya, kalau begitu, saya tidak perlu bersenamlah! Saya kurangkan sahaja jumlah kalori masuk, supaya dapat defisit 550 sehari! Boleh, tapi ia tidak bagus untuk kesihatan dan sukar dilaksanakan. Katakan Amira cuma makan 1350kalori sehari (kurang 550kalori) kerana mahu mendapatkan defisit 550kalori, adakah ia bagus? 

Jawapannya : TIDAK. 1350kalori sendiri sudah kurang daripada keperluan BMR Amira (scroll ke atas). Seperti mana kita menambah berat badan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, begitu juga mahu buang berat badan, sikit-sikit lama-lama kurus. Cipta defisit kalori dengan cara yang sihat, yakni bersenam dan jaga makan.

Ok sekian... Hope u olls semua faham la ya.. hehe.. Anyone yang betul-betul nak loss weight & take serious & do all this thing iolls rasa InsyaAllah success la diet u olls semua. Good Luck semua!!!! Jom sama kita diet & hilangkan berat badan yang tak diingini. 

Assalamualaikum... Bubbye!!!! =)

Sunday 8 December 2013

Part 1 : Diet Mood

Assalamuailkum...

Seperti yang dijanjikan entry kali i olls akan share serba sedikit macam mana nak hilangkan berat badan yang berlebihan dalam badan we olls semua. This sharing tips u olls no need to workout or exercise teruk-teruk pon. I olls ni malas sungguh nak jogging ke skipping ke bila tak da kawan nak temankan. haha. Bila orang ajak baru on kalau tak ada tak la jawabnya. haha

Ok.. tetiba teringat time mula-mula start diet dulu, semangat pergi main skipping & jogging pusing kompleks kolej dahlia,Uitm Perlis dengan sorang kawan iaitu wawa baby face. Tiap-tiap petang kalau masing-masing tak ada kelas we olls masing-masing akan ajak turun "Jom Jogging & skipping" masa turun sama bawak la tali skipping. Hahaha. Sometimes, i olls akan main badminton dengan roomate, wani & kawan-kawan yang lain. Rindu that moment~~ hehe.




Okey.. semua kat atas tu just intro.kihkih.. i olls berskipping & berjogging ni tak lama mana pon sekejap ja tak penuh 1 sem pon sebab kadang-kadang ja. Bila dah masuk sem baru langsung tak workout pon. Kawan-kawan rapat time tu semua dah finished study, so mood malas bertimbun-timbun la. 

Secara officialy, i olls start diet on March 2013 until now , kira-kira dah cukup 9 bulan dah. I olls target every month akan loss 1 kg tapi..tapi... i olls x serious bab diet-diet ni. so main-main ja la. Rasa nak control makan i olls akan control la. Boleh pulak cam tu kan. Haha..



Masa diet selalu pita ukur jadi best friend, ukur apa-apa yang patut nak tengok makin mengecil ke membesar. Kalau mengecil makin turun la berat, klu membesar makin naik la berat kan?? haha.

There are so many types of diet such as Atkins diet, Protein diet, and macam-macam lagi lah. Setiap jenis diet ada keburukan & kebaikan masing-masing. So.. bagi i olls i juz want, diet yang tak membebankan diri itu ini semua tak boley makan. Leceh kan kalau cam tu.


So.. masa sibuk nak cari jenis diet apa yang diperlukan simple but nice gitu. hehe.. Time tu rajin-rajinkan diri i olls untuk find more information sal diet oleh pakar diet in the internet. Sampailah i olls ketemu dengan Kevin Zahri. He is so awesome!! seriously tips diet dari Kevin Zahri sangat simple seperti yang i olls nakkan.

Urm... urmm... next entry i olls akan continue what types of diet that i do by Kevin Zahri. woootwooot.. Bubye!! Assalamualikum .. =)


Friday 22 November 2013

Weight Gain Trauma!!!

Assalamualaikum w.b.t..


Long time no see yooowww blog. B;ong yang dah berhabuk setebak infinity dust... muahahaha. If i feel wants to update my blog i'll do it and before taht i'll make sure i have story to stoly molly maaaa.. If not i'll not update my blog la.... KahkahKah..

One question for you guys. Who had feel about gaining more weight?? Put Your hands Up, Let's put your hands up. Please!!!! Hahaha. This entry i'oll akan stolly molly experience when my body weight ++++++!!! over pulak la kan?? Hahaha

Woooooowwwww...asal ramai sangat makhluk-makhluk Allah tegur iolls nampak chubby, montel, gemuk, sehat and macam-macam lagi la. Mula-mula sorang tegur b uat tak kisah sja. Tak Cayalah. Takpa takpa tak naik kot. Hahaha. Bila dah ramai sangat tegur, Pakian mula rasa ketat semacam ja..kelam kabut cari penimbang nak timbang berat. Sekali dah timbang~~~~~ OmaaaaaaaaaiiiiiiGGoooooDDDD!!! Reallly????

Tak boleh jadi ni from 47kg turns to 57kg. OmoOmoOmoOmo... DIET PLEASE!!!!!!!!!!!!! serabut kepala otak dah time tu. Nak menitis air mata semua ada time tu. Penyebabnya semua disebabkan makan roti bun tak ingat dunia, kejap perisa coklat la, kaya la, kacang la, mcm lagi la. Tu nasib baiklah makan nasi sehari sekali ja. Kalau bedal nasi sampai 2 3 kali mau badan macam tongdrruuummm dah ni.. Hohoho.. Tak Mau Tak Mau. Menitik airm mata sampai banjir kalau cam tu.. Huhuhu ='(


Sedih time tu.... pakai baju rasa ketat dah, seluar jeans tak muat dah. Ya Allah rasa perit kot. Mula la time tu kena cari baju seluar lain, kalu jahit baju kurung pon kena tambah saiz bagi besar sikit. Makkk Aiiii sedih bebenor la. Tu baru naik 10 kilo.
\m 
Story Mory semua ni dah lama pon berlalu, Masa aku sem 5 tahun 2012 kat Uitm Perlis. Sekarang dah setahun lebih berlalu. baru terhegegeh nak update blog stoly moly semua tu. Kahkahkahkah. 


Next entry, InshaAllah i'll update "How I Loss My Body Weight". Assalamualaikum w.b.t. Bubbbyeee!!! ;)



Wednesday 15 May 2013

-Disebalik cabaran ada hikmahNya-

Assalamualaikum w.b.t
jawab jangan lupa jawab waalaikumusalam...siapa jawab Allah sayang , i olls pon sayang tau..

satu prinsip yang i olls pegang jika kehidupan seseorang tanpa onak dan duri tidak lengkaplah kehidupan seseorang itu b'coz when we're have a problem...we will learn how to face it..time masalah yang kita hadapilah Allah mahu menguji iman sesorang hambaNya samaada hambaNya sabar dan tabah menghadapi masalah yang dihadapi...

setiap hamba yang hidup di dunia ini sudah tentu menghadapi masalah masing-masing...bagaimana cara seseorang mengharungi masalah itu bergantung kepada setiap individu bagaimana dia menyelesaikan masalah..

setiap orang have a life planning.. planning nak belajar, nak beli rumah, nak kereta, nak kahwin * nak belajar pulak berapa lama xkan sampai spm saja kot, kalau boleh nak banglo besar keta mahal, nak kawin siapakah bakal zauji zaujahnya, perbelanjaan kahwin lagi..and macam-macam lagi la planning..




i olls sendiri pon ada plan yang i olls sendiri plan for my life.. untuk entry kali i olls just nak share one skop saja just about my education.. apa yang i olls lalui ni since my secondary schools... setiap orang mestilah nak habis sekolah sebaya umur dengan kawan yang len..ye ke tidak??hehe.. 

tapi...apa yang i olls alami masa form 3 tanpa diduga i olls for the 1st time i olls diberi dugaan kena demam panas..time tu kalu tak silap olls just berapa bulan ja lagi nak Pmr ... teruk jugakla demam panas yang i olls hadapi.. emosi x stabil and macam-macam lagila...sampai masuk hospital and situation masa tu pon doktor x benarkan ambik exam pmr..time tu hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati i olls...

lepas dah sembuh.. i olls repeat balik form 3 nak pmr jugak...sebab i olls nak masok kelas pure science..sebelum tu masa i olls form 1 n 2.. i olls banyak main-main result seriously teruk sangat...so that why i olls need to repeat form 3 back..yela...i olls nak buktikan kepada family and cikgu-cikgu yang i olls layak masuk kelas pure science.. masa i olls repeat form 3 masa tu suma kawan i olls dah masuk form 4 and next year after that masuk form 5 n nak spm dah..tinggallah i olls bersama-sama junior untuk habiskan form 4 and 5..



once again...i olls kena hottest fever masa semester 4 kat uitm..time tu pulak lagi sebulan nak final exam...Ya Allah..hanya Allah ja yang tau macam mana perasaan i olls masa tu...macam-macam benda penting dalam mind ni..pasal assignment ngan kawan-kawan, ngan test 2 yang masa tu xsempat ambil lagi.. time tu stress jugak la...dah la hottest fever sampai mengigil-gigil tapi langsung i olls x pegi hospital kot... just tempek cool fever and makan ubat klinik ja.. ada usaha nak study tapi satu badan rasa macam kena tarik je..tulis sekejap ja dah lenguh and macam-macam lagi la masa tu....mind ni pon dah x stabil time tu and take decision x ambil final exam..balik rumah family bawa pegi jumpa ustaz ubatkan..Alhamdulillah after jumpa ustaz keadaan pon dah stabil... i olls ambik masa 3bulan lebih jugak la nak sembuh..

owhhh..tidak!!! i olls lagi sekali rugi 1/2 tahun dari kawan-kawan i olls yang sebaya..sob2..dah la msa tu kawan yang sebaya pon dah grad for their diploma.. 



apa-apa pon "hidup perlu diteruskan!!" i olls repeat balik suma subjek masa semester 4 belajar balik, wat assigment bagai, ambik test n final exam..Alhamdulillah sekarang dah settle semua subjek semester 4 masa bulan 10 tahun lepas..

Lately,  i olls  baru saja habis final exam untuk semua subjek semester 5..Alhamdulillah..alhamdulillah alhamdulillah..unexpected result..thanks a lot atas doa ummi i olls yang tak henti-henti,lecturer yang x jemu-jemu mencurahkan ilmu,pertolongan kawan-kawan seperjuangan semua..love u olls... 

Now... i olls tinggal lagi 1 semester lagi untuk habiskan diploma..doa dan harapan i olls mengunung tinggi semuanya berjalan lancar untuk last semester nanti...Amin...Amin...Amin..

Disebalik cabaran yang i olls and u olls hadapi ada hikmahNya yang tersembunyi..cuma masa saja yang menentukan bilakah kebahagian yang sebenarnya yang kita akan terima.. jika tidak di dunia mungkin di akhirat nanti..apa yang penting janganlah mengeluh and give up atas cabaran yang we olls hadapi...hadapi ia dengan hati yang ikhlas..dan apa yang penting "hidup perlu diteruskan"..untuk 2nd time i olls ingatkan..

Lastly, tak lupa jugak untuk kawan-kawan i olls yang sama intake yang dah abis diploma dan tunggu masa untuk konvo..tahniah buat u olls i'm proud of u!! love u olls..panjang umur, ada jodoh, murah rezeki kita jumpa lagi nanti..
















sekian lama mendiamkan diri~~

Assalamualaikum w.b.t to all readers..
jawab jangan lupa jawap...sape jawab Allah sayang.. I olls pon sayang.. :)

sekian lama mendiamkan diri???

title yang xbley blahkn??haha..
first thing first...I olls nak mintak maaf kat suma u olls sebab berdiam diri begitu lama... about 1 year n half.. whoah..sangat lama..sorry tau readers and viewers yang i olls sayang... 

begitu banyak suka duka yang I ools lalui sebelum ni and i olls needs longers times to solve the problems and time to rest my brain..actually..huhu...
story morry stolly molly lama usah diceritakan lagi...xmo-xmo...forgive n forget it...hehe..

sudah-sudah...tukar topik balik.. lama tak update blog ni...i olls rindu pulak nk mengadap blog yang sudah berhabuk setebal 200 inci ni...mcm la nampak kan habuk ni kan..over plak..haha..

i olls rasa ni saja kot yang i olls dapat update untuk petang ni.. so u olls nantikan the next entry..insahAllah..i olls ada masa nanti i olls update ye...

love u olls!!!


Monday 21 May 2012

surat cinta buat ummi tersayang



Ummi
Tidak dapat kakak dan adik bayangkan
Jika ummi tiada di sisi kami berdua lagi
Mungkin malaplah cahaya bintang di angkasa
Tiada lagi tempat kami berteduh kasih
Tiada lagi senyuman manis untuk kami tatapi
Ummi ialah ilham kami
Menerangi dunia kami dengan cahayamu
Bekerja keras untuk membesarkan kami
Tanpa abah disisi ummi
Memberikan pendidikan yang cukup
Untuk kami mencapai cita-cita yang kami impikan
Ummi
Kami sungguh berbangga menjadi anakmu
Ummi seorang yang tabah
Dalam mengharungi pelbagai rintangan dan cubaan
Ummi tidak kenal erti penat dan lelah dalam hidupmu
Ummi mengajar kami erti kehidupan yang sebenar
Yang akan kami lewati nanti
Kami berharap yang kita dapat mengharungi liku-liku kehidupan ini bersama-sama
Kami Yakin Allah akan mengabulkan doa Kita.

INSYA-ALLAH , KAMI SAYANG UMMI !!
*WALAUPUN KAMI X PERNAH LUAHKAN ATAU UCAP KAT UMMI DALAM HATI HANYA ALLAH YANG TAU BETAPA KAMI BERDUA SANGAT MENYAYANGI UMMI!!!! TAK ADA SAPA KAT DUNIA NI YANG BOLEH GANTIKAN IBU SETABAH UMMI!!

Saturday 27 August 2011

Ramadhan al-Mubarak

Assalamualikum...
jwb jgn x jwb...klu x jwp t ddche tau..Allah marah t...heee (*_^)

pejam celik-pejam celik dah hari ke 28 kita berpuasa..
dan lgi 2 day kita nak menyambut hari raya aidilfitri...

aku muhasabah diriku sendiri sebelum menjelangnya lebaran..cukupkah amalan-amalanku kepada Allah yang aku lakukakn pada bulan ramdhan ini....hina sunnguh aku rasakn diriku ini..memang iman setiap manusia lain-lain kan..kejap ada yang naik kejap ada yang turun..

Bulan ramadan disunatkan untuk kita melalkukan solat sunat terawih..aku terasa malu bila disebut mengenai solat sunat terawih....awal-awal ramdhan memang ramai yang semangat nak pegi terawih...saff kt masjid dan surah memang penuh..pelbagai kalangan usia yang datang solat...kanak-kanak,remaja-remaja,pak cik mak cik,dan x lupa juga warga-warga emas..senang cakap tok wan,nenek.opah @ atok kita... suma pergi menunaikan solat terawih..

tpi.....malangnya...semakin hampir kita dengan hari raya....semakin..berkurang....umat islam kt masjid...lagi-lagi budak remaja yang sebaya dengan kita suma...kemana kita sebenarnya???

Antara reason kenapa tak pergi solat terawih as a student :

1) esok ada test 
2) malasnya
3) berfacebook
4) blogger
5) malas
6) assigment bertimbun-timbun

memang tak patutkan kalau kita bagi alasan-alasan yang macam ni...teringat satu nasihat seorang senior semasa sem 1 aku di uitm...

akak tu cakap..
"walaupun kita sesibuk mana pon..test+assigment bertimbun-timbun...kalau kita cari peluang untuk dekatkan diri kita kepada Allah S.W.T , InsyaAllah..Allah akan permudahkan segala urusan kita"

sama-samalah kita renungkan diri kita masing-masing..diri yang menulis pon penuh dengan kelemahan dan kekurangan...

nak share sikit pengalaman aku..masa aku pegi solat terawih kat masjid...terasa diri ni malu sangat dengan seorang mak cik ni..walaupun x kuat macam kita ni..kita masih kuat untuk solat berdiri..tpi..mak cik ni kekurangan kekuatan untuk solat berdiri..sanggup datang masjid untuk menunaikan solat terawih...bagaimana pulak kita yang masih kuat dan masih diberi kesihatan yang baik????sama-sama kita renungkan...

Ya Allah...ampunilah dosa-dosa kami suma....berikan lah kami petunjuk untuk menjadi hambamu yang soleh dan taat untukMu..persiapakan diri kami dengan amalan-amalan yang cukup untuk kami sebagai bekalan kesyurgamu nanti...Amin.....