Monday 21 May 2012

surat cinta buat ummi tersayang



Ummi
Tidak dapat kakak dan adik bayangkan
Jika ummi tiada di sisi kami berdua lagi
Mungkin malaplah cahaya bintang di angkasa
Tiada lagi tempat kami berteduh kasih
Tiada lagi senyuman manis untuk kami tatapi
Ummi ialah ilham kami
Menerangi dunia kami dengan cahayamu
Bekerja keras untuk membesarkan kami
Tanpa abah disisi ummi
Memberikan pendidikan yang cukup
Untuk kami mencapai cita-cita yang kami impikan
Ummi
Kami sungguh berbangga menjadi anakmu
Ummi seorang yang tabah
Dalam mengharungi pelbagai rintangan dan cubaan
Ummi tidak kenal erti penat dan lelah dalam hidupmu
Ummi mengajar kami erti kehidupan yang sebenar
Yang akan kami lewati nanti
Kami berharap yang kita dapat mengharungi liku-liku kehidupan ini bersama-sama
Kami Yakin Allah akan mengabulkan doa Kita.

INSYA-ALLAH , KAMI SAYANG UMMI !!
*WALAUPUN KAMI X PERNAH LUAHKAN ATAU UCAP KAT UMMI DALAM HATI HANYA ALLAH YANG TAU BETAPA KAMI BERDUA SANGAT MENYAYANGI UMMI!!!! TAK ADA SAPA KAT DUNIA NI YANG BOLEH GANTIKAN IBU SETABAH UMMI!!